Showing posts with label Reunion. Show all posts
Showing posts with label Reunion. Show all posts

Tuesday, 7 June 2011

Reunion ke 2 ( 2011 )


Alhamdulillah Majlis Reunion kedua kita untuk tahun ini telah berjalan dengan jayanya pada 4 Jun 2011 yang lalu bertempat di Anisani Restaurant Village . Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang bertungkus lumus menganjurkan majlis reunion kita kali ini . Mohd Sopfian , Azizi , Normila , Saidi , Hamid , jasa anda semua amat kami hargai .

Antara bekas guru yang hadir pada malam tersebut adalah Cikgu Rosli , Cikgu Abdullah Sani , Cikgu Abdul Majid , Cikgu Zainal , Cikgu Yusof , Cikgu Shafie , Cikgu Hanim dan Cikgu S.Ruhana .

Kek ditaja oleh Puan Nurlaily sempena Hari Guru.




Saudara Azizi@Jot menyampaikan cenderahti buat semua bekas guru yang hadir pada malam tersebut .


Sesi makan-makan dengan juadah yang menyelerakan .

Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita .

Tuesday, 31 May 2011

Mini gathering di rumah Cikgu Yanti


Salah seorang dari kawan batch kita telah mengadakan mini gathering di rumahnya di Taman Desa Mekar pada 30 Mei 2011 . Cikgu Yanti yang mengajar di Kuala Lumpur pulang bercuti di kampung pada cuti sekolah kali ini . Alhamdulillah perjumpaan yang asalnya antara beberapa orang menjadi lebih meriah apabila ramai yang dapat hadir .


Antara menu yang dihidangkan adalah laksa utara , mee goreng , kuih muih , kerepek dan buah-buahan . Semua yang hadir sangat gembira dapat bertemu semula setelah terpisah lebih 20 tahun membawa haluan masing-masing setelah tamat sekolah menengah . Banyak yang hendak diceritakan , flash back cerita zaman sekolah dulu dan juga cerita terkini .


Salah seorang cikgu kita juga dapat menghadirkan diri bersama isterinya ... Masih ingatkah kawan-kawan dengan Cikgu Hj Isa . Cikgu kita tak banyak berubah , masih nampak muda & masih ramah seperti dahulu .

Thursday, 10 February 2011

Reunion Pertama 2011


Gambar sekitar Majlis Reunion pertama ex-SMSP bagi tahun 2011 iaitu pada 5 Februari 2011 bertempat di Anisani Restaurant Village .

 
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...