Friday, 10 June 2011

Misi Pengumpulan Maklumat (Biodata)




Assalamualaikum wbt,

Salam kerinduan kepada kalian semua…berkat dari mereka yang rajin berusaha untuk menemukan kita kali ini sebagai bekas pelajar berserta guru-guru dan bekas guru dari sebuah sekolah yang banyak berjasa kepada kita…tak lain tak bukan iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Perak, Parit Buntar Perak. (dahulunya dikenali sebagai SMSP).Di mana kita dipertemukan di majlis santai Reunion ke-2 kali ini.

Kalau mengigatkan kembali, apa yang telah berlaku di masa 20 lebih tahun lalu…bagai tak terlintas di kepala ini untuk bertentang mata sebegini…memang benar apa yang pernah dikatakan oleh salah seorang guru kita iaitu Cikgu Dr Abdullah sani..”suatu hari nanti kita akan bertemu juga kembali…” lebih kurang macam tu lah bunyinya..
Kuasa Allah memang tiada tolok bandingnya…syukur Alhamdulillah dengan adanya medium terhebat masa kini iaitu laman sosial Facebook …maka sebahagian besarnya telah dapat dirialisasikan.




Ini baru diperingkat permulaan…organisasi pun belum dibetuk dengan sempurna..insyaAllah diperjumpaan yang akan datang kita bersama-sama menjadikannya lebih baik dari sebelumnya.


Untuk peringkat permulaan Blog Alumni ini sedaya upaya akan mengumpulkan maklumat ringkas tentang Biodata guru dan pelajar yang berada di sana sekitar tahun 1986 sehingga 1990.


Kita perlukan kerjasama kalian semua yang terlibat untuk memberikan keizinan sepenuhnya bagi menjayakan misi pegumpulan maklumat ini.

Gambar terbaru (boleh ambil dari Fb), alamat tempat kerja/kediaman sekarang berserta nombor telefon untuk dihubungi… rasanya itu sudah mencukupi untuk kita berhubung silaturrahim sesama kita insya Allah.

Jika kalian dihubungi oleh pihak admin blog ini, jangan segan-segan untuk memberikan kerjasama, mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar.

.

Masihkah kau ingat : Saidi Mat Saod ( Part 1 )

 by : Saidi Mat Saod


Salam semua... masih ingat budak kurus,rambut belah tepi dan pendiam??
masa SMSP 86-90? siapa hah? kenai ke? itulah aku...
aku tak lah popla... nk popla mcm mana... aku nih berat mulut dan pendiam....
tapi bila jumpak geng yg serasi,aku leh pulak sembang ..
yg masih tak kenai aku , ni la antara kelas2 yg pernah aku belajar...
1A4,2A3,3A2,4A2 dan 5A1... uiii teror gak la aku masa kolah ek....
tp sayang aku kantoi SPM...hu..hu..hu... Dapat gred 2 je...
dan terus jadi tukang kasut PALLAS sampai la ni....

masa kolah dulu aku aktif gak dlm sukan olahraga...aku rumah kasturi la.... hebat rumah ni kuat ooooo . Kalu 4 * 100m tu geng aku bidin,bulun,dan old man. sapa depa tu??? carik la sendiri... ha..ha... 4*400 lak geng aku bidin , din koboi, dan old man... dan paling aku tak leh lupa masa sukan 1990, aku la tukang bw papan tanda rumah kasturi . Byk la kenangan masa Smsp... aku rasa takat ni ja dulu no... laen kali aku tulis lagi....
k.....( tunggu la smbungan citer aku masa kolah)

Wednesday, 8 June 2011

Gambar Nostalgia : Kelas 5 Sains

Gambar kelas Tingkatan 5 Sains tahun 1990 yang diperolehi dari fb Hidayat Hj Samsuri .

Berdiri dari kiri : Fishah , Sharimah , Normila , ............... , Rafidatin Noor , Norsaedah , Noriani , Shafina , Halimah , Aniq , I dan Inaih .

Duduk dari kiri : ........ , Syahrudin , Khir , Fakhrurazi , Cikgu Rosli Ahmad , Helmi Mat Yusuf , ......... , ........., Zaini , Zaidi Jaafar ( Mat Pro ) , Haris dan Hidayat .




Maafkan saya kerana tak dapat mengingati semua nama rakan sekelas . Rasanya saya tiada dalam gambar ni . Diharap agar rakan-rakan yang masih ingat nama kawan - kawan kita ini agar dapat emailkan nama dan kedudukan dalam gambar kepada yantiskpt2@yahoo.com .

Kepada rakan yang masih menyimpan gambar kelas lain , sudi la kiranya dapat kongsikan bersama kita di sini kerana saya percaya ramai di antara kita sudah tiada gambar-gambar tersebut , termasuklah saya .

Tuesday, 7 June 2011

Reunion ke 2 ( 2011 )


Alhamdulillah Majlis Reunion kedua kita untuk tahun ini telah berjalan dengan jayanya pada 4 Jun 2011 yang lalu bertempat di Anisani Restaurant Village . Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang bertungkus lumus menganjurkan majlis reunion kita kali ini . Mohd Sopfian , Azizi , Normila , Saidi , Hamid , jasa anda semua amat kami hargai .

Antara bekas guru yang hadir pada malam tersebut adalah Cikgu Rosli , Cikgu Abdullah Sani , Cikgu Abdul Majid , Cikgu Zainal , Cikgu Yusof , Cikgu Shafie , Cikgu Hanim dan Cikgu S.Ruhana .

Kek ditaja oleh Puan Nurlaily sempena Hari Guru.




Saudara Azizi@Jot menyampaikan cenderahti buat semua bekas guru yang hadir pada malam tersebut .


Sesi makan-makan dengan juadah yang menyelerakan .

Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita .

Tuesday, 31 May 2011

Mini gathering di rumah Cikgu Yanti


Salah seorang dari kawan batch kita telah mengadakan mini gathering di rumahnya di Taman Desa Mekar pada 30 Mei 2011 . Cikgu Yanti yang mengajar di Kuala Lumpur pulang bercuti di kampung pada cuti sekolah kali ini . Alhamdulillah perjumpaan yang asalnya antara beberapa orang menjadi lebih meriah apabila ramai yang dapat hadir .


Antara menu yang dihidangkan adalah laksa utara , mee goreng , kuih muih , kerepek dan buah-buahan . Semua yang hadir sangat gembira dapat bertemu semula setelah terpisah lebih 20 tahun membawa haluan masing-masing setelah tamat sekolah menengah . Banyak yang hendak diceritakan , flash back cerita zaman sekolah dulu dan juga cerita terkini .


Salah seorang cikgu kita juga dapat menghadirkan diri bersama isterinya ... Masih ingatkah kawan-kawan dengan Cikgu Hj Isa . Cikgu kita tak banyak berubah , masih nampak muda & masih ramah seperti dahulu .

Thursday, 10 February 2011

Reunion Pertama 2011


Gambar sekitar Majlis Reunion pertama ex-SMSP bagi tahun 2011 iaitu pada 5 Februari 2011 bertempat di Anisani Restaurant Village .

 
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...