Tuesday, 21 June 2011

Blog Alumni ex-SMSP Batch 86-90

Alhamdulillah kita telah berjaya mewujudkan Blog Alumni ini secara tidak rasmi pada 07 Jun 2011. Sebagai permulaan , kita mulakan bersama rakan - rakan batch 1986 - 1990 . Buat masa ini , kita mahukan semua bekas pelajar mengetahui adanya alumni ini secara tidak rasmi dahulu.

Saya melalui rakan Alumni sedang menunggu maklum balas daripada semua bekas pelajar SMKSP agar blog ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya . Insyaallah apabila ahli sudah ramai yang terkumpul kita akan usahakan untuk proses pengorganisasian semula. Banyak lagi ruangan dirancang untuk dimuatkan di dalam blog ini dan diharap rakan-rakan dapat memberi kami sedikit masa untuk berbuat demikian .

Kepada rakan-rakan yang ingin menyumbangkan artikel atau apa saja maklumat berkaitan Alumni SMSP , sila hubungi Puan Yanti , yantiskpt2@yahoo.com atau muhamad.nazli@gmail.com supaya anda dapat dimasukkan dalam senarai penyumbang maklumat dalam blog ini .



Sekian, terima kasih..

Thursday, 16 June 2011

sukan antara kelas...


kawan2 semua mari kita imbas kembali memori zaman sekolah dulu. Ingat tak lagi semasa form 2,kita ada sukan antara kelas sidang petang? antara nya ialah bola sepak,bola tampar, kalau tak silap aku lah bola sepak juara nya dapat kat kelas 1A1 atau 2A1 aku lupa daaaa... ( maaf kalo aku salah...) aku masih ingat kelas aku waktu tu 2A3, alud lah ayam tambatan bola sepak kelas kami... Ada satu masa tu, kelas aku kena berlawan serentak dgn kelas lain dalam 2 acara,, iaitu bola sepak dan bola tampar... ( huh cikgu mana la yg buat jadual perlawanan nih). Orang tu la yg main bola sepak, orang tu jugak lah kena main bola tampar... jadi kami kena main bola sepak dgn 7 orang ja... 6 orng lain main bola tampar... Dan aku kena la main bola....adoiiiiyaiii aku mana la gretii main bola... kalau makan aku pandai la..Nasib baik bola tampar habis awal,dan pada separuh masa ke 2,ke semua pemain bola tampar masuk mengantikan pemain yg jadi bidan terjun tadi...wakaka...
Keputusan perlawanan hari tu aku lupa la.... menang ka kalah ka... Yang aku pasti perlawanan antara kelas tu bessssssst sesangat...semua pelajar enjoy dan berpeluang untuk bermain...
Aku rasa perlawanan tu dibuat satu musim je....

Tuesday, 14 June 2011

'Hang' punya cerita...

Orang belah utargha semenanjung memang ramai yang menggunakan perkatan ganti nama 'hang'..dari Perlis nun sampai la ke Perak utargha ni…berbanding dengan negeri2 lain.

Tak sama dengan Negeri Melaka ada lima Hang seperti mana yang kita belajar dalam buku sejarah Melayu sekolah rendah dulu..

Kita ni (Org Utara) kalau pi mana pon perkataan 'hang' memang susah nak tinggal..(tak semua la).

Bercerita pasai 'hang' ni.. teringat sorang kawan kita masa sekolah dulu SMSP dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dalam tahun 86-88..(lama dah cita ni)..masa kita sama2 tinggal di Asrama (ASPURA).

dia ni ..kalau perkataan 'hang'..memang setiasa di mulut..tak kira masa..mungkin dalam solat je dia tinggal sekejap kot.

Nama dia I***** (dirahsiakan), orang panggil dia dengan gelaran M*** K***** .

Kalau kita tanya dia : “**** hang dah makan?”...(gatai pi tanya wat pa).
Dengan spontan dia jawab…makan la hang !!

" ****..main sini sat"….mai sini sat la hang !!

hahaa tu dia..tak perasan lagi..sapa budak ni??


So , di sebabkan dia punya pasal…maka tersebarlah penyakit 'LA HANG' ni kat satu asrama dan berjangkit pula satu sekolah pada masa tu…aduhuuuhai !!! kecoh betul di buatnya…haru biru…

"..Haru biru la hang !!"....haaha sampai cmtu sekali taksubnya perkataan 'la hang' tu.


Selepas SRP tingkatan 3, aku berpindah ke sekolah lain dan sehingga kini tak pernah berjumpa lagi dengan 'Hang' yang sorang ni…

"..sorang la hang !!!"....aku pon dah terikut2 ni.

dok tunggu jugak..ingatkan dia datang hari reunion ke-2 hari tu...tapi takdak rezeki nak berjumpa... kawan2 kita yang rapat dengannya yang lain ada juga muncul,
dengar kata dia ni dah jadi Pegawai Tentera (ATM) tapi tak pasti kem mana .

Siapakah dia ??.....maaf nak tunjukkan gambar di sini tapi tiada dalam simpanan la pulak...siapa yang tau tu khabar2 kan lah ya..

Aku harap kawan kita ni akan muncul di Reunion akan datang..

Wallah hu a'lam....mungkin kita semua merinduinya keletahnya.

p/s : tiada niat nak menyinggung perasaan sesiapa..hanya sekadar menggamit memori lampau.

Sunday, 12 June 2011

Mohd. Sopfian dan Anisani Village Resort.



Mohd. Sopfian Bin Shamsudin (Resort Manager)


...Kita sedia maklum, Reunion pertama dan kedua telah diadakan dengan jayanya bertempat di Anisani Village Resort .

Terima Kasih kepada beliau iaitu salah seorang daripada bekas pelajar SMSP batch ini yang telah bertungkus lumus memberikan komitmen bersama rakan-rakan yang lain.

Segalanya berjalan dengan lancar...Alhamdulillah.
Bermulanya dari pertemuan di sini, insyaAllah kita akan berterusan dari semasa ke semasa mengadakan petemuan seterusnya.

Setinggi penghargaan buat Pian dan staf Anisani Village Resort untuk reunion kali ini.






Masihkah kau ingat : Saidi Mat Saod ( Part 3 )


salam semuaaaa.... aikkk? budak ni lagi menulis..! tak pelah... korang baca jer la.,cerita aku ni.. kalo tak suka pon kena gak bacaaa!!!
ha..ha...
budak pendiam nih masa form 5, duk kt depan sekali ,berhadapan meja cikgu .Paling tepi ,leh tgk padang.. belakang aku ada budin,aput,julaila,dan mala.(ni mesti ada yg senyummm bila aku sebut mala).
sebelah aku, oll man,pian,idoi...yg len aku tak ingat dah...
oh... lupa nk bagitaw,yg aku ni lebih ramai kwan dari kelas bawahan.. mcm malik naim,sharil kamal,jem,nasir,mat isaa, bear, pak tam dan ramai lagi lah....
walupun aku ni pendiam tapi aku nakal la jugak... ni yg aku nak cerita ni....nk cerita kenakalan aku la...jeng..jeng....
alkisah masa cikgu sharidah( guru kelas kami form5) peksa kertas ujian,aku dgn selamber amik buku conteng2 aput ( ala buku catatan tak pakai)trus antar kt cikgu sharidah..!! dalam buku tu ada lukisan kartun aput!!! ha..ha...
cikgu sharidah tanya: apa ni?? aku senyum jer... pas tu cikgu sharidah kata melampau main2... padan muka aku!!! budin kt belakang gelak sakan, aput plak muka merah,takot cikgu tgk lukisan dia!!!
Ada lagi satu., salah seorang cikgu yg tgh mengajar,cikgu lelaki ( aku lupa ckgu apa) baju yg dia pakai ada koyak bahagian ketiak... aku kan duk paling depan gan meja cikgu aku nmpak la...
masa tu cikgu wt apa aku pon lupa dah, tp yg pasti dia duk jer kt meja guru tu...
aku amik kertas tulis kt kertas tu..." baju cikgu koyak kt ketiak,kesian" aku bg arr kt budin, budin plak passs kt aput., pass, pass, passs, hampis satu kelas tahu!!!
HUH!!! aku rasa pian masih ingt kot peristiwa ni...
Maaf la cikgu2 dengan kenakalan si pendiam ni, maaf banyak2 ya cikgu......
Inilah antara kenakalan yg aku wat masa form5.... yg lain aku cuba perah otak aku yg memori 1gb nih untuk cerita yg akan datang...

saidi mat saod
ex 5A1 1990

Saturday, 11 June 2011

Masihkah kau ingat : Saidi Saod ( Part 2 )

Kawan2 masih ingat tak ,semasa form2 bila subjek English,kita kena tukar kelas?? masa tu aku kena kelas 2 (kena masuk kelas 2A2) iaitu kelas 2 trpandai la dlm subjek English...pandai kah aku?? ha...ha... masa tu cikgu Kamala ( kalo tersalah nama maaf ek) yg ajar kami. Yang aku nk cerita nih ialah dalam buku latihan aku, cikgu Kamala tulis jawapan kalo jawapan yg aku bg salah, jadi aku taw la jawpan yg sebenar. Aku try gak intai2 buku latihan org len, tak de plak jwapan...aku bengap sgt kot, sbb tu cikgu bg jawapan, tp tak byk la yg aku salah....ha..ha...ha..


uiit ni ada satu lagi rahsia aku, aku penah kena rotan!!! masa tu subjek seni perusahaan logam( cikgu she...adoiiiii aku lupa lagi arrr nama cikgu) aku tertinggal logam aku( masa tu buat bekas abu rokok) piappppppp! kt punggung aku... makkkaiiii sakit woooo... tp nasib bek ada dompet kt poket suar aku,taklah pedih sangat..dan da lagi yg besss...
 Masa form 5 ,waktu subjek sains paduan ( cikgu Mazlan,yg nih aku ingt sbb cikgu nih garang!) aku khayal,duk tgk orang wt latihan sukan kat padang...Tiba2  piungggggggg!!! benda melayang kt aku!.huhh! nasib bek aku teror mengelak ala2 jacky chan la... cikgu Mazlan baling aku gan kapor!! merah padam muka aku...Dia tanya mata tgk mana?? aku jwb: tu...tu   saya tgk kt bahan uji kaji tu la...( aku tipu! nk hidup)

Selain cikgu mazlan da lagi cikgu yg garang masa form5... sapa lagi cikgu Omar la...tp aku tak penah kena gan cikgu Omar ni....
   
Apa pun semua nih sekadar cerita suka duka aku masa di SMSP...sekadar berkongsi kenangan...dan macam biasa lah, nanti aku cerita lagi kenangan si budak pendiam nih masa di SMSP. TUNGGGGUUUUU!!


saidi....

KENANGAN DI SMSP 86-90

Kenangan selama 5 tahun di SMSP akan sentiasa menjadi memori paling indah dalam hidup. Suka, duka, pahit, manis, senyum, ketawa, sedih, gembira semuanya terpahat dalam lipatan memori zaman persekolahan. Sepanjang 5 tahun di SMSP banyak kenangan mencuit hati di antaranya yang masih dalam ingatan dan bila diingati kembali akan membuatkan saya tersenyum sendiri:

Kelas Geografi tingkatan 2 (Cikgu Redwan) – pernah didenda berdiri atas kerusi, atas meja dan bertinggung bawah meja sebab tidak dapat menjawab soalan Negara Australia yang terpaksa dihafal semuanya. Aduh Cikgu Redwan ni banyak sungguh ide dia untuk memahamkan pelajar tentang negara tersebut. Debaran setiap kali nak masuk kelas geografi usah ceritalah. Selalu terfikir apakah denda yang akan diterima kalau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

Kelas Kimia tingkatan 5 (Cikgu S Ruhana) – suatu hari semasa tengah membuat ujikaji, Cikgu S Ruhana gelap mata dan terpaksa diusung ke bilik sakit. Pada masa tersebut Cikgu S Ruhana hamil dan terhidu asap asid ujikaji. Semua ujikaji terpaksa dihentikan. Saya difahamkan salah seorang anak Cikgu S Ruhana sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Indonesia.

Kelas Biologi tingkatan 5 (Cikgu Rosli) – Ujikaji untuk mengetahui partikel darah. Saya menyumbangkan darah saya untuk di buat ujikaji. Konon-konon macam kuat, tetapi bila cucuk jari sendiri untuk keluarkan darah terasa macam nak pitam sebab terasa sakit. Hahaha padanlah muka saya.

Kelas Bahasa Malaysia tingkatan 4 (Cikgu Dr. Abdullah Sani) – Saya bersama 3 lagi rakan kalau tak silap Shafina, Fishah, dan Ani telah didenda berdiri di luar kelas setelah sampai lambat ke kelas selepas waktu rehat. Waktu rehat selalunya kami bantu Cikgu Isa Hudari di kedai Koperasi. Nasib malang sungguh pada hari tersebut di jemur di depan kelas dan di tontonkan kepada kelas tingkatan 5 di tingkat atas yang sedang berbaris untuk masuk ke kelas.

Itulah di antara kenangan manis sewaktu berada di SMSP. Banyak lagi kenangan manis yang masih tersimpan kemas diingatan saya. Akan saya coretkan lagi bila masa mengizinkan. Kata orang tak ada dulu tak adalah sekarang. Pengobanan guru-guru mendidik dan mencurahkan ilmu kepada kami tidak akan pernah dilupakan. Terasa ingin kembali ke zaman persekolahan, mengutip kembali kenangan-kenangan indah itu buat bekalan di kala sunyi. Buat rakan-rakan yang sama-sama melakarkan memori indah itu kalian semua tidak akan saya lupakan. Doakan saya dalam perjalan mencari ilmu yang masih belum berakhir. Buat guru-guru, rakan-rakan seangkatan, senior dan junior saya doakan selamat berjaya kepada semua walau dimana anda berada dan apa jua yang anda lakukan. Kenang saya dalam doa kalian.

Sekian coretan kenangan dari saya,









Normila Ahmad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...