Friday 10 June 2011

Misi Pengumpulan Maklumat (Biodata)




Assalamualaikum wbt,

Salam kerinduan kepada kalian semua…berkat dari mereka yang rajin berusaha untuk menemukan kita kali ini sebagai bekas pelajar berserta guru-guru dan bekas guru dari sebuah sekolah yang banyak berjasa kepada kita…tak lain tak bukan iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Perak, Parit Buntar Perak. (dahulunya dikenali sebagai SMSP).Di mana kita dipertemukan di majlis santai Reunion ke-2 kali ini.

Kalau mengigatkan kembali, apa yang telah berlaku di masa 20 lebih tahun lalu…bagai tak terlintas di kepala ini untuk bertentang mata sebegini…memang benar apa yang pernah dikatakan oleh salah seorang guru kita iaitu Cikgu Dr Abdullah sani..”suatu hari nanti kita akan bertemu juga kembali…” lebih kurang macam tu lah bunyinya..
Kuasa Allah memang tiada tolok bandingnya…syukur Alhamdulillah dengan adanya medium terhebat masa kini iaitu laman sosial Facebook …maka sebahagian besarnya telah dapat dirialisasikan.




Ini baru diperingkat permulaan…organisasi pun belum dibetuk dengan sempurna..insyaAllah diperjumpaan yang akan datang kita bersama-sama menjadikannya lebih baik dari sebelumnya.


Untuk peringkat permulaan Blog Alumni ini sedaya upaya akan mengumpulkan maklumat ringkas tentang Biodata guru dan pelajar yang berada di sana sekitar tahun 1986 sehingga 1990.


Kita perlukan kerjasama kalian semua yang terlibat untuk memberikan keizinan sepenuhnya bagi menjayakan misi pegumpulan maklumat ini.

Gambar terbaru (boleh ambil dari Fb), alamat tempat kerja/kediaman sekarang berserta nombor telefon untuk dihubungi… rasanya itu sudah mencukupi untuk kita berhubung silaturrahim sesama kita insya Allah.

Jika kalian dihubungi oleh pihak admin blog ini, jangan segan-segan untuk memberikan kerjasama, mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar.

.

2 comments:

  1. Rasanya memadai dengan nama penuh , email dan fb ID . Takut pulak nak expose maklumat di alam maya ni .

    ReplyDelete
  2. ok, pandangan yg bagus...tak terlintas pulak ttg tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...